Posted by: razali2208 | November 5, 2016

Satu pengalaman hidup.

Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. Maknanya selagi ada nyawa dibadan setiap detik itulah dapat ditemui dan dialami, semua yang ditemui tentunya bakal menjadi iktibar kepada kita yang baik maupun sebaliknya, menyakiti mahupun menyengkan hati.

Kesabaran adalah satu2nya ubat yang mujarrab dalam menenangkan gelombang dalam hidup kita, tidak kiralah yang menyenangkan atau menggusarkan semuanya kita terima dengan sabar الصبر من الايمان kesabaran itu satu dari tanda2 orang yang beriman.

Posted by: razali2208 | October 31, 2016

Sakit pula.

Kalau udah sakit walau sebesar mana dibahagian mana sakali pun dalam bahagian badan akan memberi kesan kepada seluruh anggota badan, badan rasa sonop/demam dan kurang selesa.

Demekianlah.ibaratnya yang ditanggung oleh atuk ini, padahal sakitnya cuma kudis dibelakang tangan dan gatal2 dan rasa kurang selesa, dokter perubatan biasa tidak dapat membantu memberikan ubat,lalu dia merujuk ke dokter pakar kulit membuat analisa dan rujukan sererusnya.

Pagi ini tadi atuk keluar ke hospital tampin dibawa oleh bunga, jadi atuk rasa senang dan selesa kerana tidak perlu menyupir/mengemudi mobil dewek.

Dan hari2 akan datang seterusnya, kalau anak2 semuanya pada sibuk bertugas, dinis mahupun sekolah, tidak mengapa atuk akan goyoke nyupir dewek..???.

Posted by: razali2208 | October 30, 2016

Hidup harus berusaha.

Pelbagai keadaan yang dilalui sepanjang hidùp seseorang, barangkali yang hidup sedarhana dan kekurangan adalah lebih ramai bilangannya berbanding dengan dari yang hidup senang dan mewah.

Hakikatnya seperti atuk.ini mahu miñum kopi harus nyediakan masak air panas dewek/sendiri iya mahu diharapkan siapa lagi, roda putaran hidup ini udah sedemikian putarannya. usah ditangisi semua ini, yang masih.ada upaya untuk lakukan sendiri. barangkali kopinya menjadi manis dan lebih.enak lagi.

Berusaha mencari nafkah hidup, tidak ada kecuali harus dilakukan sepanjang hayat, mencari sesuap nasi pagi dan petang, apalagi kalau udah bekeluarga, bukan sekedar makanan rumah tempat tinggal pakaian selayaknya harus pula disediakan.

Walau apapun kesusahan dan penderitaan hidup kita tak usah disesali diratapi, berusuaha terus berusaha dan mensyukuri kurniaanNya.

Posted by: razali2208 | October 30, 2016

Keakraban pokok tanaman dengan maknusia.

Kelihatan pokok2 buah2an yang ditanam tepi pondok kebun itu hidup subur dan berdaun  hijau, kata orang yang biasa berkebun tanam2an rasa gembira dan senang hati dan selalu mengeluarkan buah sepanjang masa,kalau tuannya sering datang ke kebun, contoh yang jelas pokok mangga yang ditanam didepan halaman rumah tidak putus2 berbuah.

Selain dari pokok mangga.pokok manggis juga begitu. kalau dikebun atuk tu, yang nampak ketara ialah pokok petai dan cempedak. kalau kemaren itu, sebelum mula bangunkan pondok2 kebun atuk boleh dikatakan sebulan sekali pun jarang datang kekebun, pada masa sekarang boleh dikatakan dalam sehari itu pagi dan petang keluar kekebun, pokok2 buah2an dan tanaman lain udah mula berbuga berpudung berputik dan berbuah. akan atuk upayakan begitu, berbudi kepada tanah dan sambil melambai pokok2 tanaman, harap mereka berbuah lebat.

Posted by: razali2208 | October 28, 2016

Imbauan kekeluargaan.

Para tetamu yang datang ziarah silatulrahimi atuk di pondok kebun. kegembiran dan kesenagan jelas terpancar di rawut wajah atuk. atuk rasa senang dan besar hati dengan adanya cucung2 dan anak ponakan dari jauh, dari bengkulu indonesia sudi datang berziarah.

Peredaran zaman sekarang keluar ziarah keluarga dan saudara mara amatlah berkurangan. apalagi dari sudut jarak tempat tinggal adalah berjauhan. tambahan lagi ada desakan hidup dan faktor cari makan. mujurlah adà telepon pintar bisa menghubungi, suara bertanyakan kabar, boleh juga dimasukkan foto2 kegiatan dan lain2 berkenaan keluarga.

Kalau masih ada.yang sudi.datang secara langsung dan bersalam2an diucapkan syabas dan tahniah menghidupkan semangat kekeluargaan dan silatuĺrahimi. alhamdulillah.

Posted by: razali2208 | October 27, 2016

Kucing peliharan di rumah.

Barangkali menyayangi dan membela kucing2 itu, masuk kira silatul rahami sesama makhlok Allah.


Tidak dapat dinapikan tiap2 individu itu ada pendapatnya yang berbeda masing2. ada yang suka dan ada sebaliknya. tak kisahlah kalau yang suka hendaklah ada niat yang ikhlas didalam hatinya tidak menunjuk2 dan riak.

Mudah2an dengan hati dan perbuatan yang baik itu ada ganjaran dari Allah.

Posted by: razali2208 | October 27, 2016

Rumah tumpangan ala kampung.

Saya ada cadangan ingin menyediakan rumah tumpangan ala kampung di kampung bangkahulu dusun, ponduk yang baru siap dibuat kira2 tiga bulan yang lalu.

Rumah tumpangan cara kampung maksudnya bukan homestay jauh sekali seperti hotel.

Adat kekampungan barangkali atas lantai beralaskan tikar duduk bersela menggantikan meja makan dan peralatan lain semasa menikmati makanan, suasana begini mungkin jarang dapat derasai dizaman kini.

Kemudahan untuk masak air tujuan menyediakan air kopi, berborak2 sesama untuk menikmati susana disediakan.

Kalau sewa semalam munkin dan memang tidak semahal homestay apalagi hotel.

Saya meyediakan kemudahan ini mudah2an dapat membantu mereka yang  memerlukan tempat bermalam dan ingin merasai kembali rasa kekampungan.

Rumah tumpangan itu mempunyai tiga bilik dua bilik tidur.dan satu musalla.

Yang ada hajat boleh hubungi saya tel 0176130119 razali.
  

Posted by: razali2208 | October 31, 2015

Meneroka Pengalaman Baru.

  • Hidup ini semakin panjang usia dikurniakan oleh Allah subhanahu wa taala sudah barang tentu akan menempuhi pelbagai cabaran dalam diri dan lingkungan. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan berkomputer satu daripada cabaran diri, samada mahu menyahutnya atau membiarkan berlalu dan berkembang begitu sahaja.
  • Sekiranya tidak diambil peduli sepertinya hidup ini sudah ketinggalan zaman. Samada mahu ataupun tidak ketinggalan zaman, walaupun setua mana usia harus sewajarnya berjalan seiring dengan waktu semasa.
  • Penulisan blog dalam wordpress ini adalah pertama kali menulis sesuatu dalam alam berkomputer dan dipublishkan kepada umum dalam tahun 2008 masehi. Terasa satu kepuasan diri apa yang kita fikirkan itu dapat diberikan kepada public.
  • Barangkali ada juga seorang berdua yang ada melihat dan membaca tulisan itu. IMG_1488

Semasa di Bengkulu Garage Horizon tahun 2007.

Posted by: razali2208 | June 6, 2014

Balik Dari Masjid.

Kewajipan menunaikan solat jumaat itu bagi laki2 muslim yang mempunyainya cukup  syarat2nya adalah wajib. Aku keluar ke masjid di tempatku adalah seperti selalunya, kira2 sempat menunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebelum bilal melaungkan azan, bermakna sempat pula beriktikaf.

Di tempatku ini jumaah masjid tidak ramai barangkali cuma sekedar cukup koram untuk menunaikan solat jumaat, jadi aku tidak perlu buru2 mahu ke masjid, itupun apabila aku sampai ruangan solat masih banyak yang kosong, terutama di saf hadapan padahal di saf yang di hadapan/pertama itulah ada banyak kelebihan dan pahalanya.

Khutbah hari ini bagus mengenai mempercayakan adanya hari akhirat. Asas dari kepercayaan itu seharusnya mendorong umat islam melakukan perkara2 yang disuruh, dan menjauhkan perkara2 yang dilarang oleh agama.

Posted by: razali2208 | July 14, 2013

Ramadhan Almubarrak 1434 H.

Hari ini Ahad sudah 5 hari aku berpuasa untuk ramadhan 1434  h, Sepanjang aku menjalankan kewajiban agama islam dalam masa lima hari ini, aku rasa kali ini adalah yang paling sedarhana sekali. dan rasa senag dan qana’ah, aku mrngambil makanan cuma di waktu berbuka puasa dan waktu sahur, itupun sekadarnya sahaja.

Tidak seperti di tahun2 lepas. kalau ditahun2 sebelumnya ada juga juadah, kueh2 samaada dibeli di pasar ramadhan atau dibuat sendiri oleh isteriku. kadang2 pelbagai jenis buah2an disediakan, dimakan waktu berbuka atau selepas solat tarawih. kali ini aku lakukan cuma ingin merasai satu penghidupan yang cuma mampu mendapat makanan dua kali sehari untuk mengalas perut.

Lauk pauk juga cuma bekisar rebus2an sayuran dan sedikit ikan sebagai bahan protein. dengan keadan yang telah aku alami selama 5 hari ini, aku bersyukur dengan rezeki yang ada yang telah dikurnaikan oleh Allah ini, dan aku insaf bahawa inilah rezekiku, aku sentiasa  berdoa ” allahumma barikli fima aktaitani ” mudah2an rezeki yang aku nikmati itu mendapat barakah dari Allah..Image

Older Posts »

Categories