Pagi ini aku baru aja menerima bil bayaran Astro untuk bulan Januari ini dan harus dibayar sebelum pertengan bulan Febuari ini. Apa yang menjadi aku rasa satu lagi beban tambahan iaitu tambahan sebanyak rm4.32 kepada bil yang sedia ada. Dalam keterangan urusniaga bayaran, tambahan itu adalah sebagai ‘Goverment Service Tax (6%)’.
Mulai sekarang yang nyata bayaran untuk kadarbayaran isirumah aku akan bertambah sebanyak 6% lagi. Kalu mau dijumlahkan; bil air, bil api, bil telepon, bil stremix, hampir mencecah rm1,000. sebulan, itu belum lagi cukai jalan dan insurance kereta motor.
Umur sudah semakin lanjut, entah beberapa tapak lagi sampai ke garisan penamat, keperluan supplements makanan tambahan seperti vitamins dan herbs adalah satu perkara yang tidak boleh diabaikan sebagai seorang yang lanjut usia, dan semua ini barangkali harganya turut juga naik ikut rentak yang ada. Nyata lah kalu penghasilan isirumah cuma rm2,000. sebulan makan berdua seperti yang aku lalui ini, akan merasa terhimpit dan sesak nafas. Tiada pilihan…